Thursday 9 July 2015

Ulasan Surah Al-Ahzab



Surah 33: 
 
AL-AHZAB (golongan yang bersekutu).

Surah Al-Ahzab terdiri atas 73 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Ali-Imran.

Dinamai  “Al-Ahzab” yang bererti “golongan-golongan yang bersekutu” kerana dalam surah ini terdapat beberapa ayat, iaitu ayat 9 sampai dengan ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan Al-Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-oranng Yahudi, kaum munafik dan orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Madinah.  Mereka telah mengepung rapat orang-orang mukmin sehingga sebahagian dari mereka telah berputus asa dan menyangka bahawa mereka akan dihancurkan oleh musuh-musuh mereka itu.

Ini adalah suatu ujian yang berat dari Allah untuk menguji sampai dimana teguhnya keimanan mereka.  Akhirnya Allah mengirimkan bantuan berupa tentera yang  tidak kelihatan dan angin taufan, sehingga musuh-musuh itu menjadi kacau bilau dan melarikan diri.

Sumber 1;
Khatam terjemahan ayat-ayat  Al-Ahzab (1-73),
[GF]
https://groups.google.com/forum/?fromgroups=&hl=en-GB#!topic/mangostyn/uciR1zr7Mis

 
Sumber 2;


 

Surah AS-SAJDAH



Surah 32: 
 
AS-SAJDAH (sujud).

Surah As-Sajdah terdiri atas 30 ayat termasuk golongan surah Makkiyyah diturunkan sesudah surah Al-Mu’minuun.

Dinamakan  “As-Sajdah” berhubung pada surah ini terdapat  ayat “Sajdah”, iaitu ayat yang  kelima belas.



Khatam terjemahan ayat-ayat  As-Sajdah (1-30),
[GF]
https://groups.google.com/forum/?fromgroups=&hl=en-GB#!topic/SukuGuci/65RKAM7vyQc